Wednesday, September 28, 2011


S K I L L S ! :D





MORNING PEEPS ! :)

hari ini saya dan rakan sekelas belajar tentang kemahiran saintifik .

tahukah anda apakah itu kemahiran saintifik ?
kemahiran sains ialah kemahiran untuk membuat atau menjalankan sains.


Skop istilah SAINS di sini sangat lah luas maksudnya. di entry yang akan datang kita kupas sikit2 ya . hee :P


Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua :





Kemahiran Proses Sains ialah kemahiran mempersoalkan soalan dan mencari jawapan dengan bersistem dan teratur.
Kemahiran ini melibatkan kemahiran kognitif iaitu yang menggunakan minda.







Kemahiran Manipulatif ialah kemahiran psikomotor dalam kajian saintifik yang mana membolehkan pelajar untuk :




till then :)

Tuesday, September 27, 2011

GAMBATTE ! :D





HELLO EVERYONE! :D

okayy.. selain daripada kami belajar teori di dalam kelas ini, kami juga perlu melakukan aktiviti lain seperti Project Based Learning (PBL). And ah haa. this is it!






gengbassekolah ! :D
my teammates!




AND THIS IS OUR TASK FOR THE PROJECT :)



Last but not least . . . to all of u guys! ALL THE BEST ! :)









mari belajar !





Assalamualaikum n hello peeps! :)

UNIT 3 :: MATLAMAT DAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Selama ini , kita hanya tahu tentang istilah matlamat dan objek
tif tapi kurang tahu di mana sebenarnya yang sesuai untuk menggunakan istilah kedua-duanya. Terdapat perbezaan antara matlamat pembelajaran dan objektif pembelajaran.






APAKAH OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN ?

Objektif pembelajaran biasanya ditulis sebagai hasil pembelajaran . Namun ,
KPM membezakan keduanya di mana objektif bersifat lebih am manakala hasil pembelajaran lebih khusus .










Tuesday, September 20, 2011

NEXT ! :P

Pendidikan , Instruksi , Pengajaran , Teknologi , Pembelajaran dan Penaksiran .

UNIT 1 :: PERSOALAN INKUIRI UTAMA

Salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar dan dapat menunjukan pengajaran dua hala ialah dengan bertanyakan soalan kepada mereka secara spontan . Melalui pendekatan ini , kita sebagai pengajar juga dapat melakukan penaksiran yang bermaksud mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh lakukan. Justeru , kami juga melaksanakannya pada hari ini . Persoalan inkuiri utama yang ditanyakan oleh Dr. Nurul ialah maksud istilah pendidikan , instruksi , pengajaran , pembelajaran , teknologi dan penaksiran. Soalan seterusnya ialah bagaimanakah semua konsep ini berkait ?

Bagi menjawab persoalan yang pertama , Dr Nurul telah mengajar kami dengan menggunakan teknik KWHL.
  • K :: What you Know
  • W :: What you Want to know
  • H :: How to find out
  • L :: What you Learned

Kami diminta bekerja secara berkumpulan seramai 6orang setiap kumpulan . Lantik seorang ketua, pencatat dan pelapor . Isikan 3 lajur pertama Advanced Organizer KWHL yang diberi. Seterusnya , gunakan enjin pencarian bagi mendapatkan maklumat tentang konsep pendidikan , instruksi , pengajaran , teknologi , penaksiran dan pembelajaran . Kemudian , lukiskan sebuah peta konsep / peta minda / carta alir bagi menunjukkan hubungan antara keenam - enam konsep tersebut.

Apa yang dapat saya simpulkan setelah melalui proses ini, saya berasa sangat teruja kerana dengan adanya aktiviti seperti ini, kita mendapat pelbagai ilmu yang boleh dikongsikan kerana apa yang dibentangkan oleh rakan- rakan banyak membantu setiap seorang daripada kami untuk berfikir dengan lebih terbuka dan setiap pelapor dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan dapat bercakap dengan jelas di hadapan . Malah setiap daripada kami perlu bersedia untuk menjawab persoalan spontan daripada ahli kumpulan lain. Saya percaya aktiviti seperti ini banyak membantu guru dan pelajar kerana setiap seorang daripada kita mempunyai lain pandangan dan pendapat yang berbeza. :)

Akhir sekali setiap istilah itu dapat difahami dan ditafsirkan dengan baik oleh team AT12.
PENDIDIKAN :: Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan
membangunnkan dirinya secara holistik. Pendidikan terbahagi kepada
tiga iaitu formal, non formal dan informal.
INSTRUKSI :: Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah
ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain.
PENGAJARAN :: Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi
membantu pembelajaran .
TEKNOLOGI :: Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah
adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya.
PENAKSIRAN :: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh
lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.
PEMBELAJARAN :: Proses membina dan mendapat pengetahuan , kemahiran ,
sikap dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan.



till then :)

Minggu baru ! :)


Assalam n epy tuesday peeps!~ :)

Pagi selasa ini saya dan kawan-kawan team AT12 mempelajari tentang pendidikan , teknologi , instruksi , pengajaran , pembelajaran dan juga penaksiran. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran , pensyarah kami Dr. Nurul Huda meminta kami mengupdate wikispaces setiap kumpulan dengan memasukkan input dan juga discussion . Di samping mengupdate wikispaces kami sendiri, kami juga perlu rajin-rajin baca link yang telah disediakan oleh Dr. Nurul . Ini bertujuan supaya kami semua dapat belajar bagaimana hendak lakukan Project Based Learning (PBL) . Cara pembelajaran di sini ialah hands on learning.Maksudnya ialah kami mengalami sendiri bagaimana melaksanakan PBL . Sekaligus ia dapat memudahkan kami serta mahir untuk dilaksanakan di sekolah. Selain itu, kami turut perlu menulis artikel untuk dipaparkan di dada akhbar dan juga seminar pada minggu keempat . Tetapi artikel yang ditulis itu mestilah menjawab soalan bolehkah tenaga nuklear dijadikan tenaga dominan yang menggantikan petroleum .

till then :)

Sunday, September 18, 2011

2nd Day :)


Yaaa guys! 2nd day of class . just lambat update . heee :P

Morning3! start your day with a new spirit :)

Nak dijadikan cerita..hari ini bermulalah sesi pengajaran dengan rasminya. kami mempelajari tentang pentaksiran . dalam bahasa inggerisnya assessment.
  • assessment :: collecting data on what students know and what they are able to do.
  • how to collect data : questioning , giving them questionaire, quizzes. .
Terdapat beberapa jenis pentaksiran berasaskan sekolah . Antaranya ialah pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif dan pentaksiran alternatif.

Pentaksiran formatif ialah membimbing dan memperbaiki pembelajaran termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan , membimbing pembelajaran dan mengesan kemajuan potensi. Pentaksiran formatif ini direka bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari. Jenis ini dijalankan secara informal iaitu melalui pemerhatian dan sessi soal jawab.

Pentaksiran sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun.


First Day of School :)


assalamualaikum wbt and hello! shall make this a quick one . hee

ok..entry ni cik mira nak ceritakan berkenaan dengan ari pertama sekolah! yeayyy! hee. jadinya..seawal 8pagi 12 sept lagi kami students fizik telah siap sedia sampai di makmal f2. maka dengan rasminya semester 5 pon da bermula. ayuhhh! mari kita mulakan semester ini dengan subjek pengajaran, teknologi dan penaksiran dalam pendidikan fizik. Lecturer kami sudah semestinya Dr. Nurul Huda yang sangat sporting. :)

soo..for the first lesson, kami semua didedahkan dan diterangkan apa yang bakal kami pelajari sepanjang sessi pengajaran semester ini. Untuk minggu pertama ni, kami semua perlu membuat blog dan wikispace disamping mencari info tentang nuklear untuk dijadikan bahan blog,sesi perbahasan dan juga seminar . woww. rasa macam berat tapi nama pon da semester 5 kannn... mesti la advanced and adventure cket. :P

yeah!~ chill k :D





back to the basic ! ~


assalamualaikum ya'll!
sound check. sound check. hee

Hee. kalau nak tahu, 1st time saya buat blog.. dulu pernah tapi tak sampai seminggu terbengkalai saja. tapi blog yang dibuat ni ada tujuannya iaitu kami a.k.a students physics mestilah mempunyai satu blog yang mane isinya merangkumi semua yang berkaitan dalam subjek KPD 3016.
Bila difikir-fikir memang ada baiknya kami semua diminta membuat blog kerana ini dapat memberi peluang kepada kami semua mempelajari cara-cara menyampaikan dan berkongsi ilmu menggunakan teknologi.. awwww.. suke3. hee. sooo.. kepada semua classmates sy, marilah kita yang tak berapa handal n pro dlm memblog2 ni kan, haa bertatih2 la smpai kita boleh berlari. :) all the best guys!

till next time :)
my classmates !
team AT12

Monday, September 12, 2011

Nuclear is Our Future


assalamualaikum and a very happy monday peeps! :)

Today, i would like to share info about nuclear energy. Nuclear energy is energy in the nucleus (core) of an atom. Atoms are tiny particles that make up every object in the universe. There is enormous energy in the bonds that hold atoms together.

Nuclear energy can be used to make electricity. But first the energy must be released. It can be released from atoms in two ways : nuclear fission and nuclear fusion.

Today, nuclear power produces around 11% of the world's energy needs, and produce huge amounts of energy from small amounts of fuel, without the pollution that you'd get from burning fossil fuels.


till we meet again in my next post . insyaAllah :)