Sunday, September 18, 2011

2nd Day :)


Yaaa guys! 2nd day of class . just lambat update . heee :P

Morning3! start your day with a new spirit :)

Nak dijadikan cerita..hari ini bermulalah sesi pengajaran dengan rasminya. kami mempelajari tentang pentaksiran . dalam bahasa inggerisnya assessment.
  • assessment :: collecting data on what students know and what they are able to do.
  • how to collect data : questioning , giving them questionaire, quizzes. .
Terdapat beberapa jenis pentaksiran berasaskan sekolah . Antaranya ialah pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif dan pentaksiran alternatif.

Pentaksiran formatif ialah membimbing dan memperbaiki pembelajaran termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan , membimbing pembelajaran dan mengesan kemajuan potensi. Pentaksiran formatif ini direka bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari. Jenis ini dijalankan secara informal iaitu melalui pemerhatian dan sessi soal jawab.

Pentaksiran sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun.


No comments:

Post a Comment