Tuesday, September 20, 2011

NEXT ! :P

Pendidikan , Instruksi , Pengajaran , Teknologi , Pembelajaran dan Penaksiran .

UNIT 1 :: PERSOALAN INKUIRI UTAMA

Salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar dan dapat menunjukan pengajaran dua hala ialah dengan bertanyakan soalan kepada mereka secara spontan . Melalui pendekatan ini , kita sebagai pengajar juga dapat melakukan penaksiran yang bermaksud mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh lakukan. Justeru , kami juga melaksanakannya pada hari ini . Persoalan inkuiri utama yang ditanyakan oleh Dr. Nurul ialah maksud istilah pendidikan , instruksi , pengajaran , pembelajaran , teknologi dan penaksiran. Soalan seterusnya ialah bagaimanakah semua konsep ini berkait ?

Bagi menjawab persoalan yang pertama , Dr Nurul telah mengajar kami dengan menggunakan teknik KWHL.
  • K :: What you Know
  • W :: What you Want to know
  • H :: How to find out
  • L :: What you Learned

Kami diminta bekerja secara berkumpulan seramai 6orang setiap kumpulan . Lantik seorang ketua, pencatat dan pelapor . Isikan 3 lajur pertama Advanced Organizer KWHL yang diberi. Seterusnya , gunakan enjin pencarian bagi mendapatkan maklumat tentang konsep pendidikan , instruksi , pengajaran , teknologi , penaksiran dan pembelajaran . Kemudian , lukiskan sebuah peta konsep / peta minda / carta alir bagi menunjukkan hubungan antara keenam - enam konsep tersebut.

Apa yang dapat saya simpulkan setelah melalui proses ini, saya berasa sangat teruja kerana dengan adanya aktiviti seperti ini, kita mendapat pelbagai ilmu yang boleh dikongsikan kerana apa yang dibentangkan oleh rakan- rakan banyak membantu setiap seorang daripada kami untuk berfikir dengan lebih terbuka dan setiap pelapor dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan dapat bercakap dengan jelas di hadapan . Malah setiap daripada kami perlu bersedia untuk menjawab persoalan spontan daripada ahli kumpulan lain. Saya percaya aktiviti seperti ini banyak membantu guru dan pelajar kerana setiap seorang daripada kita mempunyai lain pandangan dan pendapat yang berbeza. :)

Akhir sekali setiap istilah itu dapat difahami dan ditafsirkan dengan baik oleh team AT12.
PENDIDIKAN :: Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan
membangunnkan dirinya secara holistik. Pendidikan terbahagi kepada
tiga iaitu formal, non formal dan informal.
INSTRUKSI :: Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah
ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain.
PENGAJARAN :: Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi
membantu pembelajaran .
TEKNOLOGI :: Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah
adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya.
PENAKSIRAN :: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh
lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.
PEMBELAJARAN :: Proses membina dan mendapat pengetahuan , kemahiran ,
sikap dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan.



till then :)

No comments:

Post a Comment